top of page

Kenali beliau:

Merupakan salah seorang pengendali laman sosial bagi Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan (PPSK) semenjak 2014, sebelum itu beliau turut bersama-sama dengan Kelab Pencinta Sejarah Kelantan dari tahun 2012 lagi. Beliau juga merupakan salah seorang penulis untuk laman blog rasmi PPSK di http://ppsk.blogspot.com semenjak penjenamaan semula NGO ini dari Kelab Pencinta Sejarah Kelantan kepada Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan.

 

Beliau meminati lapangan sejarah semenjak daripada bangku sekolah lagi, pada peringkat awal beliau mengumpulkan pelbagai teks sejarah, namun setelah beberapa tahun terlibat secara bebas dalam lapangan ini, beliau mula menumpukan perhatian kepada penelitian Sejarah Kelantan dengan mula mengumpulkan bahan bacaan berkenaan sejarah negeri ini semenjak dari tahun 2004.

 

Sekian lama menjalankan penelitian terhadap Sejarah Negeri Kelantan, beliau telah dijemput oleh saudara Mohd Iddham (Pok Bir) untuk turut sama mengendalikan laman sosial (Page) Facebook yang pada masa tersebut terkenal dengan nama Kelab Pencinta Sejarah Kelantan (KPSK).

​

Hingga kini tidak kurang daripada 200 artikel telah dihasilkan oleh beliau untuk tatapan pembaca amnya untuk semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat Kelantan. Pada masa sekarang beliau sedang cuba siapkan penulisan buku pertama beliau.

​

Selain terlibat dengan Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan, beliau juga turut terlibat dengan beberapa NGO berteraskan sejarah seperti The Patriot dan Kitab Sejarah Malaya selaku penulis bersekutu.

bottom of page