Tanah Baru ialah sebuah analogi kepada keinginan dan tanggapan kaum Cina yang merasakan bahawa Tanah Melayu ini adalah wilayah ke 19 Negara China. Naga Selatan pula bermaksud imigran Cina dari kawasan Selatan Tanah Besar China yang telah mengembara dan melalui pelbagai proses sepanjang zaman sebelum mereka menjadi warga tempatan di setiap negara yang mereka diami serta masalah-masalah yang mereka hadapi dikawasan yang mereka duduki. Buku ini juga menyentuh kekurangan dan kelebihan orang Melayu.
Gajah Putih ialah sebuah analogi yang merujuk kepada bangsa Thai yang seringkali disalah ertikan sebagai Siam. Sudah pasti ramai diantara kita yang tidak dapat membezakan siapakah Thai dan Siam. Namun jika diselidiki kajian terkini Siam sangat berbeza dari Thai dan terdapat kesalahan dalam penggunaan istilah Siam kepada masyarakat Thai yang akan cuba dihuraikan di dalam buku ini. Buku ini juga akan cuba merungkaikan kisah duka Sultan dan rakyat Kedah yang telah bersabung nyawa dan harta.
Kesultanan Perak yang diasaskan pada tahun 1528 merupakan antara negeri di Malaysia yang sentiasa berhadapan dengan konflik sejak awal penubuhannya. Adalah diketahui umum negeri Perak sering berhadapan dengan ancaman dari musuh yang bukan sahaja datang dari rantau Asia Tenggara malah kuasa barat seperti Belanda dan England yang bersaing untuk memonopoli kekayaan hasi bumi negeri tersebut. Bagi anak negeri Perak, Cempakasari merupakan sumber sejarah yang perlu dibaca dan difahami.
Lanun Pulau Pinang mengisahkan bagaimana Kapten kepada Hankow Lin mengesyaki mungkin ada serangan lanun ke atas kapalnya dalam perjalanan pulang dari Canton ke England, merancang untuk merosakkan rancangan lanun itu. Buku ini mengisahkan bagaimana Kapal Han Kow Lin menghadapi pelbagai situasi sepanjang pelayaran mereka pulang ke Britain.
‘Sejenak Ke Tanah Melayu’ berkisar tentang Tanah Melayu secara keseluruhannya, baik dari segi geografi, politik, sejarah, sosial, flora dan fauna serta tradisi masyarakatnya. Ini termasuklah sedikit pencerahan tentang penduduk asal Tanah Melayu seperti Orang Asli dan masyarakat Melayu, selain bangsa-bangsa imigran asing yang menumpang tuah di bumi Melayu dan akhirnya mencorakkan suasana kehidupan di sini.
Buku ini merupakan sebuah kisah rakyat yang sangat terkenal di Pahang berkisarkan kisah 2 ekor naga iaitu Seri Pahang dan Seri Gumum yang bertapa di Tasik Cini. Namun akhirnya Seri Pahang keluar dari pertapaannya untuk menentang Seri Kemboja di Teluk Siam. Pertempuran yang sangat sengit dan kisahnya masih lagi menjadi buah mulut masyarakat Pahang sehingga kini.
Ia pula merupakan naratif berbentuk cerita yang memuatkan unsur sejarah mengisahkan kerajaan Kelantan tua, ia cuba merungkaikan perkaitan Kelantan Tua dengan beberapa kerajaan lama seperti Langkasuka, Sriwijaya, Majapahit, Champa, Melaka dan Siam. Pengisahannya bermula semenjak awal kurun masihi hingga kepada kemunculan Long Yunus yang mengasaskan Kesultanan Kelantan Moden, naskhah ini terbahagi kepada enam bab mengikut hubungan Kelantan Tua dengan kerajaan2 kuno