top of page

Penerbitan

Ia adalah satu proses yang berbeza dengan penulisan, sesetengah orang menganggapnya adalah perkara yang sama. Saya setuju dengan pendapat tersebut, bagaimanapun ia tetap berbeza.

Proses penerbitan sebenarnya adalah untuk menjadikan sesebuah karya atau penulisan sebagai satu bentuk rasmi yang diterima oleh semua peringkat serta menjadikan makalah daripada manuskrip kepada buku/monograf/Artikel. Ringkasnya ia adalah satu tugas teknikal yang bukan dikuasai oleh semua orang seperti mana halnya dengan proses penulisan.

​

Selesai penulisan yang makan masa bertahun-tahun itu, seseorang penulis wajib menghantar manuskripnya kepada pihak penerbit untuk diterbitkan. Hari ini wujud trend "self publishing" atau bahasa mudahnya cetak sendiri karya yang dihasilkan, namun di Malaysia trend ini tidak mendapat sambutan berikutan International Book Serial Number (ISBN) hanya dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia kepada syarikat penerbitan yang membuat permohonan, selain itu CIP Data (Cataloging in Publication) atau Pengkatalogan dalam Penerbitan yang turut dikeluarkan oleh PNM melengkapkan lagi sesebuah karya sebagai sebuah karya rasmi.

Reka letak dan Susun Atur Huruf merupakan elemen penting dalam penerbitan secara professional tugas ini dikenali sebagai Desktop Publishing (DTP), sebelum muncul zaman teknologi digital, proses ini sangat kritikal dan ramai tenaga kerja yang dikenali sebagai DTP Artist  terlibat. Kini tugas tersebut menjadi mudah dengan adanya perisian DTP seperti Adobe InDesign dan Microsoft Publisher dan seorang Artis DTP, sesebuah karya dapat disusun menjadi sesuatu bahan penerbitan menggunakan sebuah komputer.

​

Selesai proses DTP, manuskrip contoh atau lebih gemar disebut sebagai Dummy dalam penerbitan akan melalui proses Pruf Reading yang dibuat oleh pembaca pruf yang menyemak ejaan dan ayat dari baris demi baris, kemudian dihantar kembali kepada DTP Artist untuk pembetulan. Proses ini kebiasaan dibuat sebanyak tiga kali dan setelah itu ia akan dihantar ke Printing untuk dijadikan sebuah buku.

​

Tidak semua syarikat penerbitan mempunyai kilang percetakkan, jadi perlu outsource dan ia melibatkan sejumlah kos. Syarikat penerbit akan mendapatkan Sebut Harga (Quotation) dari beberapa syarikat percetakan bagi mendapatkan perkhidmatan terbaik atau yang paling murah. Syarikat percetakan pula akan membuat sebut harga mereka berdasarkan kepada saiz, tebal, jenis kertas, jenis finishing kulit buku dan jenis penjilidan (Binding).

Selepas pihak Penerbit memilih syarikat percetakan mereka akan hantar salinan reka letak dan Atur Huruf dalam bentuk softcopy sama ada disimpan dalam CD atau email kepada syarikat percetakan. Selepas itu bermula peringkat percetakkan. 

Dunia percetakan bergerak seiring dengan penerbitan, namun teknologi kedua-duanya berbeza malah perniagaan percetakan lebih menguntungkan namun modalnya amat besar untuk terus kekal dalam industri. Berbalik kepada proses percetakkan, setelah menerima dokumen yang diperlukan dari pihak syarikat penerbitan proses menyediakan filem untuk satu kuras buku untuk tujuan exposed pada plate yang akan dipasang pada roller di mesin cetak. Jika buku tersebut adalah buku bergambar dan berwarna maka ia akan melibatkan proses percetakan 4 Warna iaitu (CYMK) Cyan, Yellow, Magenta, Key (Black) jika naskhah itu keseluruhannya adalah teks dan gambar hitam putih maka proses percetakkannya lebih cepat kerana melibatkan satu warna sahaja. Selesai cetak, semua kuras akan melalui proses folding atau lipat menggunakan mesin khas dan disusun mengikut seksyen  agar nombor mukasuratnya mengikut turutan. Selesai dilipat, proses mencetak cover pula dilakukan sama seperti proses mencetak isi buku, cuma finishing berbeza. Biasanya kemasan kulit buku glossy dan hot stamping, kedua-duanya melibatkan kos yang berbeza teknik ini untuk kulit buku jenis soft cover, kadang-kadang ada juga penerbit mencetak buku berkulit keras atau biasanya disebut Hard Cover, prosesnya berbeza dan kos juga berbeza.

Selesai cetak isi dan kulit, maka kelihatan bentuk buku namun ia perlu melalui proses binding atau penjilidan, terdapat beberapa jenis binding dan selalui ditempah adalah penjilidan teknik perfect binding iaitu proses melekatkan cover dengan isi buku menggunakan gam yang dipanaskan. Selesai binding, kemasan terakhir melalui proses cutting mengunakan mesin pemotong khas. Akhirnya jadilah sebuah buku. Buku yang siap dicetak akan dihantar semula kepada penerbit berserta invois.

 

Butiran invois yang disertakan kepada penerbit turut mengandungi kos cetak untuk sebuah buku, dari kos cetak ini penerbitan boleh menetapkan harga buku tersebut dengan mendarab 3.5-3.8 dengan kos cetak. Itu adalah amalan standard, namun setiap penerbit mempunyai cara untuk menetapkan harga buku mereka.

​

Inilah proses penerbitan yang dijalani oleh setiap buku, proses penulisan telah memakan masa yang lama dan sebelum ia menjadi sebuah buku paling lama setahun untuk proses penerbitan dan paling cepat empat bulan. 

Untuk memahami selok belok "Perniagaan Perniagaan" mungkin satu penerbitan perlu dihasilkan.

​

Conventional DTP Artist

Digital Age DTP Artist

Perisian utama dalam Penerbitan

bottom of page