top of page

Penulisan

Idea asal penulisan makalah ini terbit ketika mengendalikan posting di fanpage Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan [PPSK] berkenaan hubungan Kelantan Tua dengan kerajaan tua lain di Alam Melayu. Keazaman untuk menulis disemarakkan lagi dengan hasil karya rakan-rakan dalam Popcult Sejarah Melayu dari The Patriot, Kitab Sejarah Malaya dan Cik Srikandi masing-masing menerbitkan Kitab Tamadun Melayu, Dunia Melayu dan Tanah Baru Naga Selatan yang kesemuanya diterbitkan dalam tahun 2015.

Dalam bulan Ogos 2015 penulisan bermula, sebenarnya minat menulis tentang sejarah telah lama timbul dan saya bergerak pada platform blog semenjak tahun 2008 lagi, tempoh tersebut membina keyakinan untuk menamatkan penulisan karya ini dalam tempoh 16 bulan pada Januari 2017. Mental Block kerap melanda sepanjang proses penulisan, ia adalah salah satu situasi di mana langsung tiada semangat untuk menulis walaupun ada idea, lain penulis lain ragamnya.

 

Sebab utama saya dilanda situasai ini adalah untuk memastikan fakta yang disampaikan adalah suatu yang benar, jadi sebagai pembuktian saya haru mencari sumber asal dan membuat perbandingan dengan apa yang tersurat pada rujukan utama. Contohnya berkenaan lawatan Ibn Batuta' ke satu tempat yang dinamakan sebagai "Kilu Kari" dan mengadap Raja Perempuan yang dicatatkan bernama Urduja. Ia dikaitkan dengan tokoh Lagenda Kelantan iaitu Che Siti Wan Kembang pertama, jadi sebegai pengesahannya saya perlu rujuk teks asal Ibn Batuta' dan buat perbandingan dengan rujukan utama itu, sepanjang mencari sumber tersebut saya akan mengalami situai yang disebut sebagai Mental Block, banyak kali terjadi.

 

Alhamdulillah, dengan kecanggihan Teknologi Maklumat yang dikuasakan oleh Internet, semua orang kini berupaya mendapatkan maklumat yang berkaitan sejarah, halangan sempadan dan jarak berjaya di atasi ditambah lagi peraturan "Penjaga Khazanah Ilmu" kini makin terbuka dan mendedahkan sumber-sumber yang dahulunya mungkin dianggap Rahsia. Sumber maklumat dan rujukan dalam penulisan ini juga diperoleh dari portal-portal sejarah berwibawa yang menyediakan bahan bacaan dalam bentuk fail PDF . 

​

Struktur penulisan ini dibina atas 6 struktur asas berdasarkan kepada idea asalnya iaitu Hubungan Kelantan Tua dengan 6 Kerajaan Tua Alam Melayu yang mempunyai kaitan langsung dengan Kelantan, dan setiap satunya dibincangkan dalam satu bab. Lain maksudnya adalah buku ini mempunyai 6 bab dan ia mengikut kronologi yang disusun berdasarkan beberapa nama kerajaan tua, berikut antara Isi Kandungan:

​

ISI KANDUNGAN

 

PRAKATA

 

MUQADDIMAH

 

BAB 1 : HUBUNGKAIT KELANTAN TUA DENGAN LANGKASUKA

Pendahuluan

Kegemilangan Langkasuka

  • Nama

  • Pendiri

  • Lokasi

Langkasuka dalam Tarikh Patani

  • Kegemilangan

​

Pasang Surut Langkasuka

  • Funan – Penguasa Laut

  • Kalathana Bangkit

  • Kalathana bertukar menjadi Funan

 

Kaitan Kelantan Tua dengan Langkasuka

  • Perkaitan 100SM – 600M

  • Langkasuka dalam masa Sriwijaya

  • Langkasuka dalam masa Malayur

  • Langkasuka dalam masa Chermin

  • Langkasuka dalam masa Ayuthya

 

Lampiran

 

 

BAB 2 : HUBUNGKAIT KELANTAN TUA DENGAN SRIWIJAYA

Pendahuluan

Kemunculan Sriwijaya

  • Kemunculan

  • Memoir dan Record

  • Prasasti-Batu Bersurat

  • Penentuan Lokasi Asal Sriwijaya

  • Ho-lo-tan

  • Pantai Timur Semenanjung

 

Negeri Tanah Merah

  • Asal Usul

  • Lokasi Tanah Merah

  • Hubungan Tanah Merah dengan China

  • Tanah Merah kepada Sriwijaya Mala

 

Kegemilangan dan Kejatuhan Sriwijaya

  • Darat dan Pulau

  • Sriwijaya di satukan kembali

  • Misi Menakluk Dunia

  • Kerajaan Sriwijaya

  • Lintasan Sejarah Sriwijaya

​

Catatan Pedagang dan Pengembara Arab

  • Sriwijaya di Semenanjung

  • Pengaruh Sailendra

  • Hubungan dengan India

  • Hubungan dengan China

  • Pusat Pengetahuan Agama Buddha

  • Hubungan dengan Chola

  • Kejatuhan Sriwijaya

 

 

BAB 3 : HUBUNGKAIT KELANTAN TUA DENGAN MAJAPAHIT

Pendahuluan

Kekuasaan Sampugita – Jawaka – Malayur Sebelum Majapahit

  • Empayar Sampugita

Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarma Dewa

  • Empayar Jawaka

  • Empayar Malayur

Lamuttal Membuka Negeri

Sukhothai Menyerbu ke Selatan

 

Majapahit di Semenanjung

  • Kerajaan Singhasari Sepintas Lalu

  • Berdirinya Majapahit

  • Hayam Wuruk dan Gajah Mada

  • Gajah Mada di Semenanjung

  • Tindak Balas Gajah Mada

 

Majapahit Timur dan Barat

  • Pembahagian Wilayah

  • Kemunculan Singkat

  • Keruntuhan Majapahit

 

 

BAB 4 : HUBUNGKAIT KELANTAN TUA DENGAN CHAMPA

Pendahuluan

Kerajaan Champa dan Sejarahnya

  • Latar Belakang

  • Kisah Raja-Raja Champa

Sri Mara

Bhadravarman I

Jaya Indravarman IV

Jaya Simhavarman III

 

Hubungan Kelantan Tua dengan Champa

  • Era Kalathana

  • Era Jawaka

  • Era Malayur

  • Era Chermin

 

Kebangkitan Che Bo Nga

  • Perkembangan Islam di Nusantara

  • Persinggahan Wali Sembilan

  • Che Bo Nga : Raja Merah yang Gagah

  • Champa dalam Chermin

 

 

BAB 5 : HUBUNGKAIT KELANTAN TUA DENGAN MELAKA

Pendahuluan

Kelantan Tua ketika Melaka di bentuk

  • Chermin Bangkit Kembali

  • Melaka

  • Perluasan Kuasa Pemerintah Melaka

Paduka Sri Maharaja Parameswara

Paduka Sri Sultan Iskandar Shah

Paduka Sri Sultan Muhammad Shah

Paduka Sri Sultan Ibrahim Dewa Shah

Paduka Sri Sultan Muzaffar Shah

Paduka Sri Sultan Mansur Shah

Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah I

Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I

  • Serangan Melaka ke atas Kelantan Tua

 

Kelantan ketika Melaka di Serang Portugis

  • Portugal dan Portugis

  • “Benggali” Putih di Melaka

  • Kelantan selepas 1499

 

Melaka Runtuh Era Kedatuan Bermula

  • Portugis Mengejar

  • Era Kedatuan

 

 

BAB 6 : HUBUNGKAIT KELANTAN DENGAN SIAM

Pendahuluan

Asal Usul Siam

  • Istilah Siam

  • Penduduk Siam

Lawas dan Sakai

Mon-Khmer

Tai

  • Latar Belakang Bangsa Tai

  • Latar Belakang Bangsa Thai

Kepentingan Nanchao kepada Thai

 

Empat Kerajaan Thai Memerintah Siam

  • Sukhothai

  • Ayuthya

Putera Ramesuen dan Raja Boromoraja

Menyerang Melaka – Hubungan dengan Portugis

  • Thonburi

  • Rattanakosin

 

Pertembungan Thai dengan Melayu-Kelantan

  • Sebelum Patani

Era Jawaka, Malayur dan Langkasuka

Era Chermin-Majapahit

  • Persekutuan dalam Patani

Gabungan Awal

Membina Empayar

  • Merdeka Dari Patani

Bergabung Kembali

Serangan Ayuthya 1632

Kelantan Terbahagi Dua

  • Retak Menanti Belah

Kecelaruan Pentadbiran

Susur Galur Long Yunus

 

 

BAB 7 : PENUTUP

​

 

bottom of page