top of page

Promosi

Januari 2017, buku ini telah selesai proses penulisan setelah itu ia menjalani proses penyuntingan pada peringkat penulis sepanjang Februari. Tepat 1 Mac 2017, ia telah dihantar kepada Penerbit, 15 Mac, pihak Geroda Merah Press telah menyiarkan cover cadangan sebagai pengenalan tajuk akhir - "Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan" berbanding tajuk asalnya "Tanah Kala Hikayat Negeri Kelantan".

Perubahan tajuk tersebut berdasarkan keyakinan Penerbit telah naskhah yang telah dihantar walaupun saya rasa term "Sejarah" sangat besar kerana ia turut membawa nama Negeri Kelantan. Secara peribadi rasa bangga tetap membuak kerana naskhah ini sebenarnya dibina atas sejarah Kelantan nan silam.

​

21 Mach 2017,  promosi secara meluas di buat melaui hebahan di Facebook fan page Kitab Sejarah Malaya dan Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan dan juga blog. Alhamdulillah, sambutan tetap menggalakkan walaupun ramai menyatakan ekonomi negara tidak berapa baik, namun trend pembelian buku meningkat.

Sebagai pengenalan juga, pihak Geroda Mera Press membuka tempahan awal dengan menanggung kos penghantaran sehingga 31 Mac 2017. Ini menjimatkan pembeli kerana mengikut proses sebenar, RM8.00 adalah kos penghantaran kerana berat buku ini melebihi 750grm dan harga untuk buku ini telah ditetapkan sebanyak RM50.00...

KETERANGAN

Laman ini merupakan ruangan maya memuatkan catatan bebas saya, maklumat yang terkandung dalam ruangan ini tidak semestinya 100% tepat walaupun saya cuba sampaikan maklumat yang sahih. Para pembaca dinasihatkan untuk merujuk kepada bahan-bahan bacaan lain demi memastikan kekukuhan maklumat yang dicari. 

 

Jutaan terima kasih dari pihak saya kerana anda sudi mengunjungi laman yang tidak seberapa ini. 

© Nuraidil Zakaria | 2016 by "This Just In". Pro

bottom of page