top of page

Proses Penulisan

Proses ini bergantung kepada jenis penulisan yang dipilih oleh penulis. Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan secara keseluruhannya ditulis sebagai satu penulisan separa akademik dengan naratif yang tidak rigid.

Proses penulisannya memakan 16 bulan, bermula Ogos 2015 dan tamat pada Januari 2017, sepanjang tempoh tersebut pelbagai keadaan ditempuhi dan ada masa mengalami "mental block"  satu keadaan kehilanggan keazaman untuk menulis. 

​

Penulisan naskhah ini sebenarnya berpandukan kepada satu teks utama cuma untuk pembuktian dan rujuk silang dari teks tersebut untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam sanga mencabar. Contohnya dalam tekse tersebut dinyatakan berkenaan lawatan Ibnu Batutah ke Kuala Krai dan mengadap seorang Raja Perempuan, jadi saya harus mendapatkan karya asli Ibnu Batutah dan pastikan catatan pertemuan pengembara Islam ini adalah satu yang benar. Hal ini sangat penting kerana sekitar Raja Perempuan Kelantan penuh dengan kisah lagenda dan mitos hingga ada kisahnya dianggap sengaja dimomokan. Hal ini perlu dibuktikan dalam Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan, setelah dirujuk ternyata benar kisah tersebut ada dicatatkan dalam buku Ibn Batuta yang bertajuk Rihla dan maklumatnya konsisten dari sumber asal berbahasa Arab kepada sumber terjemahan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Proses ini sentiasa diulang-ulang dan ia juga menjadi punca utama mental block sebab utamanya adalah tidak dapat mencari sumber yang dicatatkan dalam naskah asal. 

​

Terima kasih kepada teknologi maklumat yang dikuasakan oleh Internet serta portal open source lainya, hingga kini lebih kurang 1000 file pdf berjaya saya kumpul terdiri daripada Jurnal, Buku, Theis, Monograh dan lain-lain.

​

​

bottom of page