top of page

TEMUAN MENGKAGUMKAN DARI MISI MH370



MH370 adalah kod penerbangan bagi pesawat Boeing 777-2H6ER milik Malaysian Airlines System, kini syarikat penerbangan ulung Malaysia telah melalui proses penjenamaan dengan dikenali sebagai Malaysian Airlines Berhad. Penerbangan ini menjadi sebutan seluruh masyarakat dunia ekoran kehilangannya diselubungi misteri, pesawat yang berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) itu di jangka tiba di Beijing Capital International Airport (Beijing) pada pagi 8 Mac 2014, bagaimanapun ia tiada kunjung tiba di destinasinya, tidak lama kemudian ia disahkan telah hilang sewaktu dalam penerbangan termasuk 227 orang penumpang dan 12 orang krew.


Pelbagai teori muncul berkaitan kehilangan pesawat itu yang kini menghampiri tahun ketiga ia hilang, meskipun begitu insiden ini bukan pertama kali berlaku dalam sejarah penerbangan dunia malah ada yang masih belum ditemui hingga kini. Misi pencarian bangkai pesawat ini masih berterusan, pasukan ekspedisi gagal mengesan pesawat malang itu bagaimanapun mereka menjumpai penemuan yang dianggap mengkagumkan.


Bangkai Kapal

Pasukan ekspedisi dari Australia dengan dibantu tiga kapal pengesan dari Belanda telah menjumpai dua buah kapal yang tidak dikenali karam di dasar laut, awalnya pasukan mencari tersebut meyangka ianya adalah bangkai pesawat MH370, namun mereka akhirnya mendapati ia adalah kapal yang karam.


Satu darinya ditemui berkecai di dasar laut, manakala sebuah lagi dikesan terdampar pada kedalaman 3,900 meter di dasar laut, pakar dari Shipwreck Galleries of Wastern Australian Museum mendapati ia merupakan kapal yang diperbuat daripada aloi dan besi, manakala sebuah lagi merupakan kapal dari kurun ke-18. Penemuan kapal ini dianggap mengkagumkan berikutan ianya adalah kapal yang tidak dicarta/di rekod belayar, kargo yang diangkut dalam kapal karam tersebut juga tidak diketahui kandungannya, seterusnya menjadi ia satu yang bernilai untuk di teroka.


Pasukan menari bangkai MH370 juga menemui sebuah Gunung Berapi di dasar laut dianggarkan setinggi 2,200 meter, dan ia dianggap satu penemuan luar biasa.






Rujukan:

  • http://edition.cnn.com/2016/01/13/asia/mh370-old-shipwreck-indian-ocean/

  • http://www.voanews.com/content/search-missing-malaysia-flight-shipwrecks-underwater-indian-ocean/3177152.html

  • https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Airlines_Flight_370’










v

bottom of page