top of page

MEMAHAMI TENTANG HISTORIOGRAPHY




Pendahuluan

Sejarah merupakan satu bidang luas, ringkasnya sejarah merupakan satu catatan peristiwa yang telah berlalu sama ada dicatatkan secara kronologi, atau dalam betuk prosa mahupun lisan. Pengumpulan aspek sejarah ini di sebut sebagai Historiography, ia sebenarnya terbentuk dari dua akar kata iaitu History maksudnya Sejarah dan Graphy membawa makna Penulisan, Merriam Webster menghuraikannya[1]


The writing of history, especially : the writing of history based on the critical examination of sources, the selection of particulars from the authentic materials, and the synthesis of particulars into a narrative that will stand the test of critical methods.


Huraian ini menjelaskan kepada kita tentang aspek penting yang harus diambil berat semasa proses penulisan sejarah dengan berdasarkan penyelidikan secara kritis terhadap sumber, pemilihan bahan besejarah yang asli, dan pembuktian kepada sumber lisan berdasarkan kaedah-kaedah khusus. Kamus Dewan pula menjelaskan tentang historiografi sebagai prinsip atau kaedah pengajian dan penulisan sejarah, penghasilan karya atau hasil penulisan berkaitan dengan sejarah, ringkasnya historiografi adalah satu perihal tentang penelitian kepada teks, bahan-bahan bersejarah, dan pembuktian sumber lisan (tradisi) masyarakat tertentu, maklumat-maklumat inilah menjadi teras kepada Sejarah, hal ini sebenarnya jarang dititik beratkan oleh sejarahawan bebas terutama dalam media sosial masa kini.


Kepentingan

Huraian berkenaan definisi dan maksud Historiografi, jelas kepada kita bahawa ianya adalah bidang Penulisan Sejarah, tujuan penulisan ini boleh diandaikan atas beberapa aspek antaranya:


  • Menulis atau merekodkan sesuatu peristiwa bagi tujuan peribadi untuk tatapan ahli keluarga, contohnya penulisan diari.

  • Menulis dengan tujuan sebagai penegasan dan pembetulan serta pembelaan diri atau juga kelompok yang diwakili

  • Menulis dan mencatatkan kisah kepahlawanan yang nanti akan meningkatkan keyakinan diri sesebuah komuniti.

  • Menulis dengan objektif sebagai bahan pendidikan dan juga pengajaran serta peringatan kepada anak bangsa hayati.


Historiografi juga menjadi satu perkara penting untuk memperihal tentang sesebuah bangsa dengan tujuan untuk mengungkap bagaimana asal usul dari sesebuah peristiwa, hal ini dapat dilihat dalam penulisan Sejarah Melayu dan Babad Tanah Jawi, melalui lapangan historiografi juga ia dapat dijadikan satu dedikasi kepada sesebuah bangsa untuk tujuan pengajaran dan dijadikan teladan, selain itu menerusi bidang ini juga ia akan menjadi pemangkin kepada pihak berkuasa untuk mengesahkan sesuatu sejarah demi kelangsungan bangsa dan juga keutuhan sesebuah negara, sekurang-kurang ia dapat dikuatkuasakan agar dipelajari pada peringkat sekolah.


Peneliti sejarah berpendapat terdapat tujuh prinsip harus diikuti oleh ahli sejarah dalam aspek Penulisan Sejarah iaitu:


  1. Kejadian harus dikisahkan secara kronologi, dari awal hingga akhir.

  2. Terdapat penentuan fakta yang konkrit iaitu ada sebab dan akibat.

  3. Perlu ada jangka masa atau timeline berdasarkan penyelidikan.

  4. Melakukan pemilihan terhadap peristiwa-peristiwa sejarah untuk mengelakkan pertindihan maklumat.

  5. Ada pembahagian khusus (episod tertentu)

  6. Penghuraian kritis beradasarkan analisis terhadap sumber

  7. Proses penghuraian perlu mengikut urutan peristiwa.


Meskipun begitu, di kesan terdapat juga kelemahan dalam lapangan Historiografi dalam menentukan perihal sejarah yang benar, peneliti sejarah berpendapat bahawa kelemahan dalam lapangan ini adalah:


  • Ahli Sejarah yang cenderung memihak kepada pegangan tertentu.

  • Terlalu percaya kepada sumber tunggal

  • Terlalu selektif dan keliru hingga gagal memahami maksud dalam sumber.

  • Pendapat pengkaji berdasarkan kepada “tekaan” dan tidak berlandaskan kepada sumber yang sahih.

  • Kegagalan sejarahwan menyusun maklumat mengikut peristiwa yang benar.

  • Kecenderungan sejarahwan menulis dengan tujuan utama untuk mendekati kelompok tertentu dengan kata lain bias.

  • Ahli sejarah menulis dengan semberono dengan mengabaikan watak dalam pelbagai keadaan yang muncul.


Kesimpulan

Artikel ringkas ini menghuraikan berkenaan maksud dan kepentingan Historiografi dan kedudukannya dalam lapangan Sejarah, berdasarkan kepada maklumat disampaikan dapat kita fahami bahawa Historiografi adalah satu usaha penulisan sejarah demi kelangsungan bangsanya dalam menjamin keutuhan serta kedaulatan negaranya.


Historiography Conferance

http://www.torch.ox.ac.uk/sites/torch/files/styles/large/public/images/event/Historiography%20conference.jpg?itok=SAcWc9nE




Rujukan dan Sumber:

  1. Sumber Historiografi John Bastin

  2. Sejarah Malaysia Pentafsiran dan Penulisan

  3. http://rangervivahistoriabravo.blogspot.nl/2012/11/historiografi-sejarah.html

  4. https://prezi.com/t_0sqp3xl3in/historiografi/

  5. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_02/Penulisan-sejarah-dan-sejarah-Malaysia

  6. http://sejarah10-jt.blogspot.nl/2012/10/perkembangan-penulisan-sejarah-di_3348.html


[1] Petikan huraian maksud istilah ini di salin dari laman merriam webster, oraganisasi ini telah wujud semenjak 1828[http://www.merriam-webster.com/dictionary/historiography]

bottom of page