top of page

CATATAN RINGKAS DI BUMI BELANDA: PART III

KEHIDUPAN SEBAGAI MUSLIM


Belanda merupakan sebuah negara yang rakyatnya mengamalkan sikap tolenrasi yang tinggi terhadap semua bangsa dan fahaman, di sini semua orang sama namun dalam konteks perkerjaan ia sedikit berbeza kerana kebanyakkan majikan memerlukan pekerjanya memahami tulisan dan bahasa kebangsaan mereka iaitu Dutch. Mendapatkan pekerjaan di Wageningen merupakan pekara yang sukar, saya dinasihatkan agar ke bandar-bandar besar seperti Utrecht, Nijmegen, Eindhoven atau Amsterdam kerana di sana “mungkin” mudah untuk mendapatkan pekerjaan.


Namun bukan cara untuk mendapatkan pekerjaan yang mahu saya kongsikan dalam tulisan ini, sebaliknya saya mahu kongsikan berkenaan kehidupan sebagai seorang Islam atau Muslim di Belanda, ramai antara kita mengenali negara ini sebagai bekas penjajah, malah ramai yang mempunyai perspektif buruk tentang masyarakat yang tinggal di negara ini. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Islam berkembang subur di bumi asing ini…


Ulu Moskee (Masjid Besar Utrecht)


Solat

Pekan Wageningen tempat yang saya tinggal sekarang ini mempunyai sebuah masjid, Ede bandar terdekat dengan pekan ini pula mempunyai sebuah masjid yang lebih sempurna dengan mempunyai bangunanya sendiri tanpa gangguan aktiviti lain. Di sini, Masjid berkongsi bangunan dengan premis lain adalah perkara lumrah, kami solat berhimpit-himpit, terlewat maka besimpuhlah di bahagian tangga masjid. Ruang solat sangat minimal namun itu tidak menjadi penghalang sekurang-kurangnya dapat juga melaksanakan ibadat solat Jumaat, pengurusan Masjid di Belanda sebenarnya agak istimewa di mana ia diuruskan oleh komuniti setempat tanpa bantuan dari kerajaan tempatan. Sekiranya di kawasan tersebut majoritinya terdiri daripada masyarakat Islam dari Turki, pengurusan dan dananya diperoleh terus daripada Kerajaan Turki dan ia ditadbir dengan cara masyarakat Turki, begitu halnya dengan komuniti Maghribi. Pentadbiran Masjid di bawah komuniti Turki dan Maghribi berbeza dari segi aturan dan aktivitinya mungkin berlainan budaya, begitu juga halnya dengan keadaan Masjid, rata-rata Masjid kelolaan komuniti Turki lebih selesa dan fasilitinya lebih canggih mungkin kerana Turki sebuah negara yang kaya berbanding Maghribi. Alhamdulillah, soal ini tidak begitu sulit buat saya, asalkan ada ruangan untuk saya solat itu sudah memadai, untuk pengetahuan semua di setiap bandar-bandar besar seperti Utrecht, Rotterdam, Leiden, Den Haag (The Heague), Eindhoven malah, Amsterdam senang untuk menunaikan solat kerana terdapat kemudahan Masjid di bandar-bandar tersebut, anda hanya perlu Google sahaja dan gunakan aplikasi google maps untuk mencari masjid-masjid yang berdekatan.


Mevlana Moskee : Salah satu masjid di Rotterdam


Makanan

Insha Allah, di Belanda akan memperoleh daging lembu, kambing dan ayam halal kerana di sini banyak kedai runcit yang diusahakan oleh masyarakat Muslim sama ada diusahakan oleh masyarakat Turki atau komuniti Arab yang lain. Di Belanda juga banyak eet huis (Kedai Makan) yang dioperasikan sepenuhnya oleh masyarakat Muslim dan ia dijamin halal, selain itu Hypermarket terpilih seperti Hoogvliet, Albert Hein XL, Jumbo dan Aldi turut menyediakan bekalan daging dan ayam Halal, tapi sekiranya anda was-was boleh memasak sendiri di rumah memandangkan bekalan bahan mental halal mudah di dapati di sini.


Selain Belanda, negara-negara Eropah Barat sangat mesra dengan masyarakat Muslim, negara seperti Germany, Belgium dan Peranchis amat bertolenrasi dengan orang-orang Islam. Cabaran itu tetap ada, tetapi bukanlah semua yang bersikap seperti yang anda baca atau tonton di media, kami sini hanya menyerahkan diri pada Allah s.w.t kerana DIA lah Maha Berkuasa.




bottom of page