KEMBARA ANDALUSIA PART 1: SEPUTAR PERJALANAN
Perkara pertama perlu kita bersyukur kerana tinggal di Malaysia, kemuncak waktu kemarau di Malaysia, suhu boleh mencecah hingga 35˚c hingga 40˚c namun ia masih turut diselangi dengan hujan, namun ia jarang berlaku di kawasan selatan Sepanyol seperti Granada atau Cordoba, sepanjang musim panas suhunya sepanjang masa menjangkau 39˚c dengan suhu panas dan kering, kalau berangin sekalipun ia membawa bahang panas.
Sepanyol sebenarnya tidak begitu asing kepada rakyat Malaysia, rata-rata mengenali negara ini sebagai Kerajaan Andalus atau Andulusia, ia pernah menjadi sebuah kerajaan Islam yang hebat, bagaimanapun trend pelancong dari Malaysia sekarang ini akan mengunjungi Madrid ataupun Barcelona terlebih dahulu berikutan pada masa kini kelab bolasepak yang mewakili kedua-dua provinsi terkenal di Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona FC antara kelab bolasepak terkemuka di Dunia dan mempunyai peminat fanatik yang ramai di Malaysia. Sepuluh tahun dahulu, pelancong dari Malaysia akan terus ke Cordoba atau Granada untuk menyaksikan kesan ketamadunan Islam di Semenanjung Iberia itu. Keluarga kami hanya meminati perkembangan pasukan bolasepak negeri dan juga kebangsaan sahaja, jadi kami terus ke lokasi-lokasi yang telah dirancang.
Kembara kami empat sekeluarga kali ini bermula seawal jam 5:00 pagi, dengan menyiapkan barang-barang serta dua orang anak kecil, kami bertolak dari Wageningen ke lapangan terbang Eindhoven, lebih kurang 86 kilometer dan satu jam perjalanan menaiki kereta. Kami menaiki pesawat Ryan Air pada jam 9:00 pagi menuju ke lapangan terbang Malaga, Sepanyol. Granada dan Cordoba masing-masing mempunyai lapangan terbang sendiri, bagaimanapun hanya Ryan Air sahaja yang menawarkan harga tiket yang murah dengan Malaga sebagai perhentiannya, penerbangan ini memakan masa selama dua jam setengah.
Kami tiba di Malaga tepat jam dua belas tengah hari, cuaca sangat panas dengan suhu hampir 40˚c, setelah semua urusan selesai kami bertolak menuju Granada dengan menaiki kereta yang disewa. Jujur, memandu di lebuh raya Sepanyol adalah sangat selesa dan mudah mungkin disebabkan sudah biasa memandu di sebelah kiri, bagaimanapun pemandangan sekeliling tidak begitu menarik berikutan bumi Iberia ini kering kontang hanya dihiasi pokok-pokok renek dan jauh berbeza dengan Malaysia. 136 kilometer adalah jarak antara Malaga ke Granada, dengan masa perjalanan selama satu jam setengah. Jalan dalam kawasan bandar pula agak komplikated dan sedikit berbeza, kerana kalau anda mahu belok ke kiri anda harus berhenti terlebih dahulu di selekoh sebelah kanan khusus untuk membelok ke kiri, mungkin langkah ini adalah untuk mengurangkan pembinaan round bout dan melancarkan perjalanan, kerana setiap selekoh ini ada lampu isyarat.
Uniknya Sepanyol…
Kami maklum di Perancis rata-rata masyarakatnya sukar bertutur dalam Bahasa Inggeris, meskipun begitu mereka tetap dapat berkomunikasi dan kehendak kami juga dapat ditunaikan, berlainan di Sepanyol rata-rata tidak dapat berkomunikasi dengan baik, saya sendiri pun tidak fasih bahasa Inggeris tapi nampaknya di bumi Andalus ini masayarakatnya memang payah untuk bertutur dalam bahasa universal ini…
Di Perancis ataupun Belanda menu makanan biasanya ditulis dalam bahasa ibunda mereka, namun satu perkara yang berlainan di Sepanyol mereka akan sediakan terjemahan menu dalam Bahasa Inggeris mungkin mereka sedar bertutur dalam bahasa Inggeris menjadi kesukaran kepada mereka, jadi kedai-kedai makan atau restoren ini siap-siap sediakan menu dalam Bahasa Inggeris dan ini tidak lagi menjadi kesukaran buat pelancong asing seperti kami untuk memesan makanan. Sebagai Muslim, restoren yang mempamerkan tanda HALAL menjadi keutamaan, namun di bumi asing sebegini konsep tawakal harus dipegang kuat, sekitar Grand Cathederal terdapat dua kedai halal satunya menyediakan makanan tempatan dan satu lagi Sharwama King yang menghidangkan makanan Arab. Bagaimanapun sekiranya anda tidak menemui kedai Halal, disarankan agar anda memesan Paela sama jenis dengan nasi goreng seafood. Walaupun kami menyewa kereta tapi dalam bandar lama seperti Cordoba ataupun Granada agak sulit untuk memandu dalam jarak yang dekat berikutan sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta, sekalipun banyak papan tanda parking tapi bimbang kadar bayaran yang mungkin dikenakan tidak masuk akal, jadi kami hanya berjalan kaki sahaja untuk menikmati suasana sekitar bandar-bandar bersejarah ini.
Granada bukan sahaja terkenal dengan sejarah tamadun Islam yang tersimpan rapi dari runtuhan Al-Hambra, malah ia juga merupakan tumpuan pelancong berikutan ia adalah sebuah pusat membeli belah. Dua hari kami tinggal di bandar ini, dan sememangnya ia adalah sebuah bandar yang urban di sebalik kesan tinggalan sejarah kuno, kelelahan pasti hilang apabila mata dijamu dengan pameran dan peragaan pakaian dan akesesori sekitar centro de Granada pelbagai jenis pakaian, perhiasaan dan aksesori baik untuk dipakai mahupun perhiasaan dalaman rumah, barangannya kelihatan berkualiti dengan kebanyakkan adalah handmade, harganya pula berpatutan, namun kami hanya sekadar mencuci mata sahaja.
Puas menikmati suasana sekitar Granada kami bertolak ke Cordoba yang terletak sejauh 130 kilometer ke Barat, dengan tujuan untuk menyaksikan La Mezquita yang sering disebut-sebut orang. Perjalanan dengan kereta memakan masa selama satu jam setengah dan trafik sepanjang jalan bergerak lancar. Cordoba tidak seperti Granada, aktiviti di kawasan tersebut hanya berpusat sekitar Masjid yang telah bertukar ke Gereja itu sahaja, centro nya tidak segah Granada, cuacanya pun sangat panas walaupun sudah tengah malam.
Kami meluangkan masa selama sehari di Cordoba, seterusnya patah balik ke Malaga bagi mengambil penerbangan pulang ke Belanda, Malaga sepatutnya bandar pesisir pantai yang indah dengan Costa de Sol yang mengadap selat Gibraltar, namun kami hanya meluangkan masa selama dua jam sahaja di sana kerana tak tahan “mata”, semalaman singgah di Malaga, kami terbang pulang ke Belanda.
Perjalanan dari Eindhoven – Malaga – Granada – Cordoba sangat menarik, makanan, hotel, pengangkutan dan sight viewing juga menakjubkan cuma segalanya perlu dirancang dengan awal dan kurang cerewet pasti percutian anda ke Sepanyol menyeronokkan.