top of page

KEMBARA ANDALUSIA PART III: KERAJAAN ISLAM DI ANDALUS


Nasrid Palace, lambang kemegahan Islam di Eropah

Pendahuluan

Orientalis seringkali menyatakan Islam berkembang melalui mata pedang, bagaimanapun tanggapan ini disanggah ilmuan Islam, kerana ajaran Islam itu sendiri melarang dengan tegas terhadap kekerasan dalam penyebarang agama suci ini. Ayat-ayat dalam Al-Quran telah menyatakan dengan jelas soal dan juga tatacara bagi menyebarkan dan mempertahankan agama suci ini, keyakinan dan keimanan yang tinggi dalam diri perajurit Muslim pada masa silam telah membolehkan sinar Islam berkembang ke seluruh dunia dan dapat dikecapi hingga kini. Begitu juga halnya dengan perkembangan Islam di bumi Andalus, ia telah berlaku semenjak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi, pada masa tersebut kekuasaan Rom begitu kuat dan mereka juga penguasa di bumi Andalus hinggalah pembukaan oleh Tariq bin Ziyad pada tahun 711 Masihi.


Kejayaan pahlawan-pahlawan Muslim seperti Tariq dan Musa bin Nusair telah membolehkan kerajaan Islam bertapak di Andalusia, Abdul Aziz bin Musa merupakan gabenor pertama dilantik, bagaimanaun beliau hanya sempat memerintah selama dua tahun sebelum dibunuh oleh tenteranya sendiri berikutan beliau dituduh terlampau melayani orang-orang Kristian, pihak tentera di Andalusia menyokong dan mencalonkan Ayub bin Hubaib selaku gabenor, namun pencalonan tersebut tidak direstui oleh pemerintah di yang berpusat di Afrika Utara.


Salah satu pintu masuk La Mezquita (Gereja - Masjid - Gereja)

Perebutan Kuasa

Hal ini sebenarnya berlaku kerana perebutan kuasa di antara pemerintah dengan dua faktor utama, pertamanya Gabenor di Afrika Utara mendakwa mereka lebih berhak menentukan siapa Gabenor yang sepatutnya memerintah di Andalusia bukannya Khalifah Ummayah di Damsyik dengan alasan pembukaan Semenanjung Iberia ditakul secara terus dari Afrika. Faktor kedua adalah kerana masalah perkauman dikalangan tentera Muslim sendiri iaitu diantara kaum Qais dengan kaum Yamani, hal inilah menjadi pemerintahan di Andalusia sering berkecamuk dengan pertelagahan yang sering kali berlaku dikalangan tentera Muslim.


Kaum Qais dan Yamani sedar akan masalah tersebut, atas sebab itu mereka telah sepakat untuk menggilirkan jawatan Gabenor setiap tahun, ia dimulakan dengan pemerintah dari Bani Qais yang dilantik adalah Yusuf bin Abdul Rahman al-Fihri, beliau menjadikan Cordova sebagai pusat pentadbiran, bagaimanapun beliau enggan menyerahkan kuasa setelah genap setahun memerintah menyebabkan tercetusnya pertumpahan darah yang sering kali dimenangi oleh Bani Qais.


Penyelamat

Di tengah-tengah kekacauan di Al-Andalus, muncul Abdul Rahman bin Muawiyah, cucu Hisyam bin Abdul Malik, khalifah Bani Umayyah yang ke-10. Beliau sebenarnya merupakan pelarian daripada kerajaan Abbasiah di Baghdad kerana pada waktu itu berlaku gerakan penghapusan saki baki keturunan Umayyah, dengan takdir Allah s.w.t Abdul Rahman dapat meloloskan diri dan hidup dalam penyamaran selama lima tahun. Beliau telah mengembara ke Palestin, Mesir dan Afrika Utara (Ceuta) dengan disambut baik oleh kaum Barbar, dikatakan beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kaum tesebut melalui emak saudaranya.


Abdul Rahman bin Muawiyah telah menghantar Badar, seorang pengikutnya yang setia untuk mendapatkan sokongan masyarakat Syria (Syam) di Andalusia, sekian lama masyarakat Syam ini menjadi tulang belakang kepada kelangsungan Bani Ummayah, atas sebab itu pada masa tersebut Abdul Rahman lebih senang menadapatkan bantuan daripada masyarakat tersebut. Sokongan daripada masyarakat Syam dan penggabungan dengan kaum Yamani telah membolehkn Abdul Rahman bin Muawiyah mengalahkan Yusuf al-Fihri dalam pertempuran di Masrah pada tahu 756 Masihi, seterusnya menegakkan pemerintahan Bani Ummayah di Andalusia dalam bentuk yang baru.


Sejarahwan menyatakan pemerintahan Bani Ummayah di Andalusia dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:


  1. Peringkat Pembinaan (756 – 852)

  2. Peringkat Krisis (852 – 912)

  3. Peringkat Kegemilangan (912 – 976)

  4. Peringkat Kelemahan (976 – 1031)

Sewaktu era kegemilangannya, ia diperintah oleh dua orang Amir iaitu Abdul Rahman al-Nasir (912 – 961) dan anaknya al-Hakam (961-976), waktu ini kawasan pemerintahan Islam paling luas yang pernah dicapai, bagaimanapun sebagaimana empayar-empayar besar yang lain, kerajaan Islam di Andalusia turut mengalami tempoh yang sama apabila kerajaan pusat gagal mengawal pemimpin-pemimpin tempatan, akhirnya wujud kerajaan-kerajaan kecil.


La Mezquita, Cordoba - Andalusia


Kerajaan-Kerajaan Kecil

Sewaktu di penghujung kekuasaan Bani Ummayah di Andalusia, wujud beberapa kerajaan-kerajaan kecil Islam dalam kekuasaannya antaranya

  1. Malukut-Tawa’if atau raja-raja puak Barbar terdiri daripada bangsa Slav (Sagalibah), dan bangsa Arab termasuk bangsa Sepanyol sendiri. Puak Barbar berkuasa di kawasan Pantai Selatan, puak Slav menguasai bahagian Timur manakala bangsa Arab dan masyarakat tempatan berkuasa di tempat-tempat lain.

  2. Al-Murabitun (1090 – 1145), meluaskan kuasa daripada Afrika Utara ke Andalus.

  3. Al-Muwahiddun (1130 – 1223) juga meluaskan kuasa dari kawasan Afrka Utara ke Andalus.

  4. Bani Al-Ahmar juga dikenali sebagai Nasyirah (1230 – 1492) merupakan kerajaan Islam terakhir di Andalusia.

Kerajaan Islam di Andalusia diambang kehancuran, namun perkara sebaliknya berlaku kepada kerajaan Kristian dimana mereka telah bersatu kembali melalui perkahwinan antara King Ferdinand dari Aragon dengan Queen Elizabeth dari Castille, kekuatan dari penggabungan dua kerajaan ini mewujudkan satu angkatan tentera besar dalam kalangan tentera Kristian lantas mereka melancarkan serangan ke atas Bani Al-Ahmar yang berpusat di Granada pada 1492 Masihi. Abu Abdullah merupakan pemerintah Kerajaan Islam yang terakhir di Andalusia setelah bertapak di bumi Eropah selama 800 tahun.


Pihak Kristian yang berjaya merebut kembali Andalusia telah mengeluarkan perintah bahaw setiap orang Yahudi yang enggan dibaptis dalam berapapun atau dalam keadaan apa pun, mestilah meninggalkan Andalusia dalam masa tiga bulan jika tidak terpaksa berdepan dengan hukuman mati. Sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1592, kerajaan Kristian mengeluarkan perintah mengusirterhadap kaum pendatang (Islam) dari bumi Seville dan sekitarnya jika mereka enggan dibaptiskan.


Penyerahan  Kota Granada oleh Abu Abdullah kepada King Ferdinand dan Ratu Isabella





bottom of page