top of page

Terima Kasih Toko Kitarb - Geroda Merah Press

  • Writer: Nuraidil Zakaria
    Nuraidil Zakaria
  • Mar 22, 2017
  • 1 min read

Alhamdulillah, minggu ini mendapat dua perkhabaran gembira.

Pertamanya adalah tentang penerbitan buku pertama saya, syukur kehadrat illahi, pihak penerbit iaitu Geroda Merah Press telah menyiarkan design akhir kulit buku bagi Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan seterusnya membuka kepada umum untuk membuat tempahan awal dengan harganya RM50.00. Kedua, umumnya saya memang telah lama menulis di ruangan blog dan turut mengendalikan sebuah Facebook Page Sejarah, namun pada penghujung tahun lepas saya cuba mengembangkan penulisan saya dengan menghantar ke beberapa majalah tempatan. Alhamdulillah, pihak Toko Kitartb telah memilih artikel saya untuk diterbitkan dalam "TITIH" bersama beberapa lagi penulis Kelantan.


Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada pihak Toko Kitartb dan Geroda Merah terutamanya kerana mempercayai penulisan saya untuk tuan-tuan terbitkan. Semoga usaha menyemarakka sejarah negeri khususnya Bangsa Melayu terus disuburkan.


Klik cover untuk buat pembelian.

Di buka untuk Pre-Order hingga 31 Mac 2017

Cover Titih, senarai nama penulis dan sinopsis artikel saya dalam Titih Jilid 1...

Artikel sudah tersedia untuk edisi seterusnya.

KETERANGAN

Laman ini merupakan ruangan maya memuatkan catatan bebas saya, maklumat yang terkandung dalam ruangan ini tidak semestinya 100% tepat walaupun saya cuba sampaikan maklumat yang sahih. Para pembaca dinasihatkan untuk merujuk kepada bahan-bahan bacaan lain demi memastikan kekukuhan maklumat yang dicari. 

 

Jutaan terima kasih dari pihak saya kerana anda sudi mengunjungi laman yang tidak seberapa ini. 

© Nuraidil Zakaria | 2016 by "This Just In". Pro

bottom of page