Jawaka ~ Kerajaan Silam Segenting Kra
Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Surendra yang lebih terkenal dengan gelaran Maharaja Suran pada 1240 Masihi, baginda merupakan putera sulung kepada Maharaja Srimat Trailokyaraja, kerajaan ini dibina semula di atas runtuhan kerajaan Sampugita yang kali terakhir diperintah oleh ayahandanya sekembalinya baginda daripada ekspedisi menakluk Sri Lanka. Kerajaan ini dinyatakan telah menguasai kawasan Segenting Kra hingga ke seluruh Semenanjung iaitu dari Nagara Prathama (Nakhorn Prathom) satu lokasi berhampiran Kota Bangkok hinggalah ke Pulau Temasik, sekarang dikenali sebagai Singapura, malah kerajaan yang dibina oleh Maharaja Suran ini turut menguasai Champa, Sri Lanka, Sumatera dan Sunda.
Kerajaan ini dinamakan oleh Maharaja Suran dengan nama Jawaka dan ibu negerinya bernama Jawakota ianya terletak di satu kawasan strategik iaitu 15 batu kearah selatan Kota Bharu, dan kira-kira 3 batu ke arah sebelah barat Bukit Panau[1]. Lokasi tersebut dapat dicapai melalui sebatang sungai kecil dari kampung To’Uban, sumber menyatakan kota ini telah tenggelam dalam bumi pada akhir abad ke-14 bersama dengan penduduknya yang ramai, bangunan istana, dan candi-candi, luas keseluruhan kota tersebut dianggarkan seluas dua ribu ekar, masa kini lokasi tersebut telah bertukar dari satu kawasan lapang menjadi lokasi penampan air lebih dikenali sebagai penduduk setempat dengan nama Danau Tok Uban.
Maharaja Suran bercita-cita hendak menakluk Kerajaan China, bagi menghalang perkembangan bangsa Tartar ke Selatan, bagaimanapun ia berlaku sebaliknya, Raja Suran telah mangkat dalam tahun 1253 Masihi. Kedudukan Maharaja Suran telah digantikan oleh puteranya, Raja Sankrata yang juga digelar Raja Aminduddin, baginda telah mengubah nama pusat kerajaan Jawaka dari Jawakota kepada Mandawijaya. Pentadbiran Jawaka mula merosot apabila ia dibawah pemerintahan Raja Sankrata, kebanyakkan negeri-negeri naungannya telah mengisytiharkan kemerdekaan, Kerajaan Pasai adalah negeri pertama memisahkan diri daripada Jawaka, diikuti Champa di timur. Kemudian negara Pandya di India Selatan berjaya merebut Sri Lanka, kerajaan Jawaka makin lemah apabila Negara Prathama, Malayu dan Sunda turut membebaskan diri.
Pemberontakan dalam empayarnya berlaku secara serentak, seolah-olah ianya telah dirancang menyebabkan Raja Sankrata tidak sempat mengambil langkah dengan segera dan efektif untuk mematahkan pemberontakan tersebut, awalnya baginda cuba mengamankan Pasai, wilayah yang pertama membebaskan diri dari Empayar Jawaka. Sewaktu angkatan Jawaka sedang bertempur dengan Pasai, anak saudara baginda Sang Nila Utama juga merupakan Raja Malayu telah menyerang wilayah Jawaka di Semenanjung dan berjaya menduduki Gangganagara dan Kataha.
1265, Raja Sankrata telah membatalkan hasratnya untuk menundukkan Pasai, Malayu, Sunda dan dua wilayah di Semenanjung yang telah diduduki oleh Raja Malayu, sebaliknya baginda menumpukan usaha untuk mendapatkan kembali Champa, Nagara Prathama dan Pulau Sri Lanka, ini kerana penguasaan wilayah ini membolehkan bangsa Melayu selamat dari ancaman anasir luar. Peristiwa yang berlaku dalam waktu pemerintahan Raja Sakranta menggambarkan kepada kita, bahawa pemecahan wilayah Empayar Jawaka berlaku dalam dua peringkat iaitu dari dalam dan luar, perpecahan pada peringkat dalaman berlaku apabila wilayah yang bersekutu dengan seperti Pasai, Malayu dan Sunda telah mengisytiharkan kemerdekaan, manakala pada peringkat luaran pula berlaku disebabkan oleh serangan musuh ke atas kedudukan Prathama di Segenting Kra, Pulau Sri Lanka dan Champa. Raja Saktranta dilhat lemah berikutan baginda tidak mengambil tindakan terhadap pemerintah wilayah-wilayah Pasai, Malayu dan Sunda berikutan mereka mempunyai pertalian darah dengan baginda, atas sebab itu kerajaan Jawaka membatalkan hasrat menduduki kembali wilayah tersebut dan mereka sebenarnya telah mengemblengkan tenaga untuk bersama-sama dengan Raja Sankrata mempertahankan Prathama di utara yang diancam oleh bangsa Thai dari kerajaan Sukhothai dan Pulau Sri Lanka di sebelah barat yang telah diserang oleh bangsa India dari Kerajaan Pandya, manakala Champa pula menghadapi ancaman daripada Dai Viet.
Bagi mengekalkan status kekuasaannya di wilayah-wilayah jauh tersebut, baginda telah menggerakkan
usaha untuk mendapatkan kembali Champa namun faktor kecergasan angkatan tenteranya menjadi faktor penentu kejayaan, hal ini berlaku berikutan perajurit Jawaka mengalami keletihan yang sangat serius berikutan mereka telah terlibat dalam peperangan yang lama dengan wilayah-wilayah yang telah membebaskan diri dan telah berlarutan selama 12 tahun. Raja Sankarta memandang berat tentang perihal tersebut, baginda telah membuat perikatan dengan Raja Sighasari yang memerintah di Jawa, melalui perikatan ini kerajaan Singhasari telah membekalkan ribuan tenteranya yang dipimpin oleh Lamutal, cucu kepada Ken Arok,[2] Tentera gabungan antara Jawaka dan Singhasari berjaya menundukkan Champa, manakala rajanya yang memberontak telah dibunuh seterusnya Raja Sankrata melantik panglima agungnya bernama Nadi Wijayawikrama menjadi Raja Champa dengan gelaran Indrawarman.
Tahun 1266 Masihi, tepatnya setahun selepas misi menundukkan Champa, Raja Sankarta telah pulang ke Mandawijaya, sekembalinya baginda ke pusat pentadbiranya, didapati Temasik dan Kelangkiu telah diduduki oleh Sang Nila Utama, satu tindakan yang amat melampau telah dilakukan oleh Raja Malayu itu, kerana sebelum ini ia telah menduduki Gangganagara dan Kataha. Pertama kali dahulu, Jawaka membiarkan tindakan daripada Malayu membebaskan diri namun kali ini, Raja Sankrata tidak lagi bertangguh melancarkan serangan balas ke atas Malayu, ketika Jawaka sedang bersiap menyediakan angkatan perang untuk menyerang Malayu, Raja Sankrata telah diberitahu bahawa Raja Dai Viet telah memberi kata dua untuk menyerang Champa dengan alasan Raja Champa yang di bunuh atas kesalahan memberontak dahulu sempat meminta bantuan daripadanya sebelum ia ditewaskan. Pada masa yang sama juga, Nagara Sri Dharmaraja turut melaporkan kepada pentadbiran Jawaka bahawa Nagara Prathama telah ditakluki oleh Raja Sukhothai.
Tamparan hebat buat pentadabiran Jawaka dan Raja Sankrata sendiri, ancaman yang datang dari pelbagai arah telah membuatkan baginda akur dengan hakikat itu, sekali lagi serangan keatas Malayu dibatalkan, manakala Champa yang diperintah oleh Indrawarman diarah tunduk kepada Dai Viet. Bagaimanapun baginda tidak akan melepaskan dengan begitu sahaja Nagara Prathama dan Pulau Sri Lanka.
Artikel ini adalah petikan daripada buku "Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan"
[1] Abdullah (Nakula) Mohamed, “Sriwijaya Awal.” Warisan Kelantan III, 1984.
[2] Lamuttal merupakan individu penting dalam era kerajaan Kelantan Tua, berikutan peranannya yang besar dan penting dan juga merupakan bukti hubungan kukuh pengelibatan komuniti daripada Pulau Jawa. [3] Infografik daripada FB Abdullah bin Muhammad Shahrizal / Hangpc2